Aseramahku ASPUTA :')

Filem ini tidak ditapis, segala komen hubungi Tuan Empunya belogg. Filem ini dibuat berdasarkan pengalaman dan tahap kerinduannya. Durasi membuat filem ini lebih kurang 3 Jam ! Dari lepas Zohor sampai Asar :D Harap terhibur. Kalau tak hibur, hibur2kanlah :p Hee
Sebarang kecacatan harap dimaafkan :'(
Assalamualaikum w.t.b. Syukur Alhamdulillah harini masih bernyawa lagi and masih diberi peluang nak update blog . Maklumlah dah takda kerja nak buat kan. Free memanjangJ Tetiba rasa macam nak rindu asrama laa. Harini 30 Dec, esok dyorang dah balik asrama dah , bestnyaa ;(


Takpe, kepada sesiapa yang tak duduk asrama ke atau kene buang asrama ke( kejamnya) atau kempunan nak duduk asrama, meh sini aku tunjukkan betapa bestttt gilaaaa duduk hostel. Tapi ostel STA je kot yang best mcmni. Huhu !


 Pandangan hostel dari Dewan Makan .

First yang best ape? Of kosh laa kawan. Kawan tak best pun menjadikan ostelnya tak best.


Time ni tengah prang teacher Farhana, Nampak tak semak samun kat depan tuh ?
Oke biar aku cerita dari mulaa ye. Mase form 1 memanglah kau cakap kau nak balik, kau nak pindah, nak sekolah dengan bestfriend sekolah rendah bagai kan. Tapi sebenarnya kau bertuah dapat duduk hostel. Sebenarnya banyak hikmah kau masuk hostel neh. Bila kat hostel kalau kau takpaham kau bleh tanya kawan atau nak jalan ringkas, kau boleh tiru kerja dia. Hehehehehe
Selain daripada itu, kajian yang aku dapat, kau takyah pergi sekolah naik motor kereta atau gerabak kan? Masuk hostel boleh jalan kaki pergi sekolah, siap boleh balik waktu rehat kalau ade barang tertinggal, so selamatlaa kalau terlupa bawak kamus and kebetulan time tu ade waktu dengan MisNor ! Arghh


Keistimewaan yang seterusnya ialah bila sekolah buat class, kita boleh datang tanpa excuses motor rosak ke, takda sapa nak antar ke, or mybe alasan yang tak munasabah kau bagi sebab kau nak ponteng class kan! cakap je lahh :p, bukan setakat tu je, kita boleh pakai slipper ,sarung terus pergi. huhu




Ade warden yang sporting J

Ni ketua warden panggil Umi J

Then, kau boleh dengar tazkirah hari hari. Tazkirah best pulak tuh, klau dengan Umi kau boleh tengok video sekali. Dapat join majlis ilmu, solat berjemaah macam ni



Bila azan, kita buat macamni J Hehe Biar satu hostel dengar



Dapat baca Almulk pakai microphone :D

Cita pasal kat DM
Kalau kat rumah, kau kene masak, prepare untuk family, tapi bila kat hostel. Kau tinggal ambik makanan je, kadang kadang kawan ambikkan , kau tinggal duduk jee kan? Best tak ?




Nampak sedap kan burger tuh? Best weh duduk hostel !
Selalunya makanan tak habis


Dahlaa makanan mewah mewah, sedap pulak tuh. Faveret aku kat hostel bila hari jumaat makan petang. Menu dia sup ayam, sotong masak merah dengan sayur kangkung. Wehhhh sedapnyaaaa :’) Tapi aku takdapat nak tunjuk kat sini. Sebabnya aku takda gambarnyaa. Hihi


Macam bersepah je aku ambik lauk ekk? Huhu


First time aku goreng telur secantik itu :D




Kalau kat hostel, tak salah kalau kau nak masak sendiri. Bro tak marah pun kan ^^ Hostel lain aku rasa diyorang takbuat mcmni kot. Sebab tu aku kata hostel STA je best J
Dahlaa makan sedap, lepastu kau tinggal letak pinggan je kat belakang. Pehh, senang kan hidup kau kat hostel tuh
Kat asrama selalu ade event J


Time ni ade pertandingan dikir barat ! BEST sangaatt J


Time neh tengah tengok bola :D

Kat hostel ade tempat khas macam bilik iron, bilik dobi, spa, bilik sukan,smart ink, café bilik tv dan banyak lagi sebenarnya ( nmpak tak aku nak promote) ngeh3
Kalau kat bilik iron macamni :


Atau macamni bila dah siap :


HAHA berlagak kan. Hmm kat hostel kene berdikari sikit, barulah ade ciri ciri wanita solehah :D
Boleh main buai J


Kat hostel ade makan makan macamni. Rapatkan ukhuwah :’)


Okay next,

Ni kalau nak balik kampung.




Kat hostel ada public phone tau! HAHA Jakun ye


Erm haa ! Kat hostel ada kucing nama dia Alfonso!  


Sejarah dia macam neh, masatu Gayah datang dorm, dia ni suka cerita cerita. Padahal esok exam PMR sejarah boleh lagi dia datang jumpa aku. Tetiba tengah cerita cerita hot tuh, kucing ni datang dorm aku, datang tempat aku. Time tu Najla tengah soal2 , ade orang Tanya” Siapa Alfonso De Alburquack, HAHA pastu jawab jawab jawab. Then aku cakap dengan Gayah, weh bagi dia nama Alfonso yok! Pastu keesokan harinya, taksangka nama tu da glamour siap ade orang panggil’ wehh Alfonso mana!” Hooo aku ingatkan nama dia taklaa kekal mana. Heheh
Dia pernah tidur dengan aku. Tahu pulak tuh nak landing part mana, tempat slimut .sejuk2 boleh dia tarik slimut cover satu badan. konon sweet lar ! Pui 


Dia pernah teman aku stay up, study BIOLOGY



Haritu datang dorm aku, time tu dah sarat da ngandung tinggal nak keluar jeh. Ade kotak kat bawah bed Najla.Opah cakap” Jiha tolong ni fonso takpandai branak”
“Haaa? yeke pah ! mcamana ni, aku takpandai nak buat”
Opah urut2 perut dia,air ketuban dah pecah.
“Arrrrrgh! Kenapa kat sini nih !!”
Dia pergi kat bed aku, cadar aku kene air ketuban dia weh, tapi takbanyak , aku bawak dia pergi kotak balik. Letak kat dorm D.
Aten Nab jadi bidan dia tolong urut2 perut sampai keluar anak
Esoknyaa, dapat brita gembira yang dia dah dapat anak. 4 ekor! Warna dia pelik. Hitam plus kuning. HAHA aku cakap, “ weh ni bukan warna kucing, ni warna ayam!”
Taktahu laa fonso buat persenyawaan dengan sapa? Mungkin ayam? Hohoo



Ermm, next eh, kat hostel kalau parent kawan datang boleh join sekaki,tapi kene tunggu dia ajak tau. Hihi




Haa comel tak locker gua? Sebab ape aku bersemangat nak hias? Mybe ini yang last kot aku pakai locker ni. Eh memang last pun xde mybe mybe lagi :’(


Maaf laah eah, gambar ni taknak tegak. Pemalas, kerja nak baring je


Ni laa antara bukti yang kitorang ni sayang gila dekat hostel. Nangis taknak tinggalkan L




Paham tak dia cakap ape? Meh sini aku translatekan, 

"Ya Allah! Kalau dibandingkan hostel ini dengan nyawa aku, aku sayang gile dekat asrama ni, sayang gila.,sampai jadi gilaa. Haahaha lebih kureng laa

Ermm,
Kepada adik adik yang masuk asrama, tolonglah hargai asrama. Hargailah macamana kau hargai 5 sen yang kau jumpa kat jalan raya.

So kepada sapa yang berminat nak masuk asrama, bolehlah hubungi Kak Izzah di talian ______ huhu sesuka hati aku je nak promote asrama ek.

Okay okay last.Aku memang tak akan menyesal lah duduk asrama secantik ASPUTA, batu pahat ni ! Luaskan kuasamu ohh JOHOR ku J Hihi

Oke tu je kot, aku nak bla dah. Jutaan terima kasih kepada penyokong , pengundi, pembaca dan pemadam. Tidak lupa juga kepada tulang belakang dan pinggang saya selama saya membuat filem ini. Sakit pinggang aku weh ngadap lelama blog ni. Alhamdulillah siap gak! Huh, Okee

Sekian saja dari pencinta asrama APUTA, Byee jumpa lagi!