I like to lari lari. That’s why lah aku sertai running man yang
dianjurkan oleh anak anak didik aku a.k.a anak buah a.k.a anak sedara dan
sekutu dengannyaa.
HAHA macam lawak kan main dengan budak budak. Aku takesah pun
orang nak cakap aku ni mcm kanak kanak yang taksedar diri atau lebih teruk dari
itu.
Mula mula aku takminat pun RM neh, tapi bila tengok game dia kan
macam best je. so aku pun nak tengok ahh. Kau jangan main2, kawan aku yang
dapat anugerah akhlak terpuji peringkat asrama pun tengok crita running man
tau! Siap mintak sedut dari lappy orang lagi masa jamuan kelas harituh. HAHA
menyempat je, asal boleh
First time aku tergerak hati nak tengok crita running man masetu
kat rumah cik sal. Kak Paten bawak laptop dia bawak naik atas. Dan kami pun
berborak borak bersama saudara mara yang lain. Kak Patin bukak crita running
man dengan Kak Aty, dyorang pun tergelak gelak, dan mulalah rasa ketidakpuasan
hati aku untuk meng explore apekebendenyaaa running man nih. Dahlaah takpaham,
subtitle BI, dan kebetulannya memang aku ni hebat English ekk, tu yang makin
bertambah PAHAM dan seterusnya akan mengundang bosan. Diyorang kata ‘ kau kalau
nak tengok lepas SPM, kalau tak kau ketagih nanti”
aku simpan kata kata yang menyentuh hati tu dalam lubuk hati aku
dan sampailah pd hari yang ditunggu2 dimana SPM dah habis dan dari situ aku
boleh tuntut running man dari kakak aku! Huhu
Angah tu dahla gila korea, pengaruh rakan sebaya. Dia telah
membomohkan kakak serta adiknya untuk menonton crita running man dengan aku.
Dan tak pasal pasal Aben pun terjoin sama mungkin sebab rancangan TV dah tamat
siaran time tu.
WAKTU PAGI 23 DEC 2013
Pukul 10 lebih ( waktu Malaysia). Hari tu hari yang sangat
tenang. Matahari tak nak keluar, dia kata dia malu. Aku pun ckp oke je laa kat
dia. dah itu keputusan dia kan. Kita
kene redha :p
Aku cakap dengan kau ea, pagi tu memang sejuk gila mcam kat
korea tu ha ( gebang ) dan memang sesuai laa nak main running man waktu siang
even diyorang (rm) main start dari pukul 2 pagi .
Ni nametag.
Angah jadi VJ je sebab dia ade semput. Tapi sebenarnya jadi VJ
lagi penat. HAHA
Aku jadi gwang soo. HAHA aku taktahu kenapa aku suka dia even
dia takpandai sorok. Mybe sebab dia sangat kelakar orangnyee. Aku dengan Maya
kene carik barang.
Sumayah jadi Joong Ki. Sebenarnya aku pun suka Joong Ki jugak L Haaa tamak
Zati jadi SPARTA !! Sebab dia kuat lari. Tugas dia kene carik
aku dengan Maya and tanggalkan nametag yang kitorang lekatkan kat blakang
badan. Selagi tak tanggal , peserta dikira masih boleh main game. kalau dah
tanggal , OUT lah.
Time buat ni, aku tak sanggka yang Kak Nora tolong support
skali. Bagi arahan mula,tolong salinkan clue HAHA siap tolong sembunyikan
barang lagi wey.
Haha siap ade peta kan. Aku pun taksangka yang pertarungan ni
macam kat dalam TV (over eak)
Masetu aku lari dengan sumayah, tak lupa jugak Angah sebagai VJ
yang kene ikut dan rakam kitorang kat mana kitorang pergi. Huhu kesian dia
Orang yang carik (zati) ,kene bawak loceng biar kitorang tahu
dia nak datang n tangkap kitorang.
Masetu kat atas bukit, aku dah dengar bunyi loceng, so aku
sembunyi la kat dalam rumah K Nora. Time ni Zati dah kejar Sumayah, aku dah
berpecah dengan dia. Yang angah masih setia dengan aku. Huhu, masetu aku
ternampak SPARTA, alamak ! nak sembunyi mana ni lagi. Jalan da mati, tinggal
ade kereta B Jan je . Seb baik tak kunci. Fuuu ~ Aku pun masuk dengan VJ
Oke then aku jalan laa ikut peta yang dibagi. Aku dah dapat dah
semua benda yang disorokkan( sampul surat RUNNING MAN) . Yang disembunyikan ade
4. Aku dapat semua, aku pergilaa jumpa diyorang. Time tu aku dah nampak yang
zati dah tanggalkan nametag sumayah, so dia dah kalah. Tinggal aku je la neh
.And hati aku da blagak je an, da dapat semua~ phiwit ni mesti menang neh.aku
pun dah gilaa happy macam dah jadi hero dapat hadiah banglo kalau menang , sekali Kak Nora bleh plak dia pergi cakap,
“ Hey, kan ade lima, cik oya sembunyikan satu kat pokok kelapa”
aku : Hah ! kenapa tak cakap !
and memang betul pun kalau diikutkan , kat peta ade 5 tempat
kene carik. Aku baru dapat empat.
Sreeeeettt ! Alaaaaaaaa nametag aku zati dah tarik ! so aku da
kalah L takdapatlaa aku nak menang
hadiah Nissan Latio edaran Tan Lock sdn bhd tuh.
Ni semua salah kakak ! Huh, yang dia pergi cakap kuat kuat tu
kenapa.HAHA kan dah kalah. Tapi hebat jugak kan aku dapat carik 4 dari lima.
Heheh
Okay pengajaran yang perlu diambil :
Kita kene bersenam tak kira laa outdoor atau indoor
Jangan berani menebal nebalkan lemak yang dah sedia tebal :p
Hidup kene amanah, kalau dah kene carik 5 benda tu, cariklah.
Jangan main tipu k :’)
Tengok running man lepas SPM , ingat pesan orang tua
and lastly, jangan berharap dan berangan nak menang NISSAN LATIO
keluaran TAN LOCK sdn bhd ( mcm tu ke ejanya, sebenarnya aku sembarang )
setakat main running man dengan anak sedara . Huhu
Sekian dari saya, pemain running man peringkat kampung .
Jumpa lagi ;’)