Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w
Exam Sejarah dahpun menamatkan zaman bujangnya . Kini exam SAINS TULEN yang kian hottt kerana subjek subjek yang senang ini kene kat hari yang seteret ! Ohh senangnyaa lah subjek bio fizik kimia ni nak landing dekat2 . Tak boleh pisah sikit . Huh
Seram tu memanglah seram . Takut tak sempat nak study. Preparation awal lagi dah buat, tapi yelahh kan manusia sering lupa dan pelupa dan lupa dan havoc havoc hav hav havoc ( video selanjutnya boleh tonton di youtube)
Alkisah tengah nak study Bio. Masatu hari minggu. Study week la kononnya. Konon!
Tetiba kedengaran suara sayup sayup dan lama lama dah tak sayup sebab dia dah sampai kat tempat bed yang aku landing.
" CAK ICH !!!! Kau bawak ape tu?"
"Cokelat,Nah ni makanlah" lebih kurang mcmtulah dialognya, tapi dia tak selembut tu aku rasa. Hohohh
Dia bagi aku cokelat, cokelat memang sesuai untuk pelajar yang stress dan mengalami masalah keguguran rambut sebab salah beli shampoo.
Then , aku letaklahh cokelat tu kat atas buku BIO. Kau boleh bayangkan tak macamna aku boleh tersalah nak ambil pemadam . Boleh pulak aku g ambik cokelat tuh aku g padam kertas . HAHA!
Lembut lembut cokelat tu pun ala ala pemadam jugak ek
Huuhu, cerita ni sebenarnya tipu. Sbnarnya taklah smpai ke kertas aku padam. cuma tersalah ambik je kot. Kecahhh laa kau :P
Oke hari pun dah pagi, kenapa semua orang masih tidur. Sekarang dah pukul 5 wehh
Lagi satu aku nak pamirkan macamana lagaknya Budak SPM study week :D
Ini real tau, takde nak buat buat besepahkan buku tu.
2Bed atas tuh aku kaut. Asal dah siap blaja, g letak buku bersepah, tu yang jadi mcmtuh.
Saje interframe budak nehh jadi model . Muka pun nampak stress kan. HAHA
Tangan pun dahh sejuk, aku pun dah dengar orang naik motor. Ayam da berkokok. Jadi sampailah masanya aku undur diri.