Aseramahku ASPUTA :')

Filem ini tidak ditapis, segala komen hubungi Tuan Empunya belogg. Filem ini dibuat berdasarkan pengalaman dan tahap kerinduannya. Durasi membuat filem ini lebih kurang 3 Jam ! Dari lepas Zohor sampai Asar :D Harap terhibur. Kalau tak hibur, hibur2kanlah :p Hee
Sebarang kecacatan harap dimaafkan :'(
Assalamualaikum w.t.b. Syukur Alhamdulillah harini masih bernyawa lagi and masih diberi peluang nak update blog . Maklumlah dah takda kerja nak buat kan. Free memanjangJ Tetiba rasa macam nak rindu asrama laa. Harini 30 Dec, esok dyorang dah balik asrama dah , bestnyaa ;(


Takpe, kepada sesiapa yang tak duduk asrama ke atau kene buang asrama ke( kejamnya) atau kempunan nak duduk asrama, meh sini aku tunjukkan betapa bestttt gilaaaa duduk hostel. Tapi ostel STA je kot yang best mcmni. Huhu !


 Pandangan hostel dari Dewan Makan .

First yang best ape? Of kosh laa kawan. Kawan tak best pun menjadikan ostelnya tak best.


Time ni tengah prang teacher Farhana, Nampak tak semak samun kat depan tuh ?
Oke biar aku cerita dari mulaa ye. Mase form 1 memanglah kau cakap kau nak balik, kau nak pindah, nak sekolah dengan bestfriend sekolah rendah bagai kan. Tapi sebenarnya kau bertuah dapat duduk hostel. Sebenarnya banyak hikmah kau masuk hostel neh. Bila kat hostel kalau kau takpaham kau bleh tanya kawan atau nak jalan ringkas, kau boleh tiru kerja dia. Hehehehehe
Selain daripada itu, kajian yang aku dapat, kau takyah pergi sekolah naik motor kereta atau gerabak kan? Masuk hostel boleh jalan kaki pergi sekolah, siap boleh balik waktu rehat kalau ade barang tertinggal, so selamatlaa kalau terlupa bawak kamus and kebetulan time tu ade waktu dengan MisNor ! Arghh


Keistimewaan yang seterusnya ialah bila sekolah buat class, kita boleh datang tanpa excuses motor rosak ke, takda sapa nak antar ke, or mybe alasan yang tak munasabah kau bagi sebab kau nak ponteng class kan! cakap je lahh :p, bukan setakat tu je, kita boleh pakai slipper ,sarung terus pergi. huhu




Ade warden yang sporting J

Ni ketua warden panggil Umi J

Then, kau boleh dengar tazkirah hari hari. Tazkirah best pulak tuh, klau dengan Umi kau boleh tengok video sekali. Dapat join majlis ilmu, solat berjemaah macam ni



Bila azan, kita buat macamni J Hehe Biar satu hostel dengar



Dapat baca Almulk pakai microphone :D

Cita pasal kat DM
Kalau kat rumah, kau kene masak, prepare untuk family, tapi bila kat hostel. Kau tinggal ambik makanan je, kadang kadang kawan ambikkan , kau tinggal duduk jee kan? Best tak ?




Nampak sedap kan burger tuh? Best weh duduk hostel !
Selalunya makanan tak habis


Dahlaa makanan mewah mewah, sedap pulak tuh. Faveret aku kat hostel bila hari jumaat makan petang. Menu dia sup ayam, sotong masak merah dengan sayur kangkung. Wehhhh sedapnyaaaa :’) Tapi aku takdapat nak tunjuk kat sini. Sebabnya aku takda gambarnyaa. Hihi


Macam bersepah je aku ambik lauk ekk? Huhu


First time aku goreng telur secantik itu :D




Kalau kat hostel, tak salah kalau kau nak masak sendiri. Bro tak marah pun kan ^^ Hostel lain aku rasa diyorang takbuat mcmni kot. Sebab tu aku kata hostel STA je best J
Dahlaa makan sedap, lepastu kau tinggal letak pinggan je kat belakang. Pehh, senang kan hidup kau kat hostel tuh
Kat asrama selalu ade event J


Time ni ade pertandingan dikir barat ! BEST sangaatt J


Time neh tengah tengok bola :D

Kat hostel ade tempat khas macam bilik iron, bilik dobi, spa, bilik sukan,smart ink, café bilik tv dan banyak lagi sebenarnya ( nmpak tak aku nak promote) ngeh3
Kalau kat bilik iron macamni :


Atau macamni bila dah siap :


HAHA berlagak kan. Hmm kat hostel kene berdikari sikit, barulah ade ciri ciri wanita solehah :D
Boleh main buai J


Kat hostel ade makan makan macamni. Rapatkan ukhuwah :’)


Okay next,

Ni kalau nak balik kampung.




Kat hostel ada public phone tau! HAHA Jakun ye


Erm haa ! Kat hostel ada kucing nama dia Alfonso!  


Sejarah dia macam neh, masatu Gayah datang dorm, dia ni suka cerita cerita. Padahal esok exam PMR sejarah boleh lagi dia datang jumpa aku. Tetiba tengah cerita cerita hot tuh, kucing ni datang dorm aku, datang tempat aku. Time tu Najla tengah soal2 , ade orang Tanya” Siapa Alfonso De Alburquack, HAHA pastu jawab jawab jawab. Then aku cakap dengan Gayah, weh bagi dia nama Alfonso yok! Pastu keesokan harinya, taksangka nama tu da glamour siap ade orang panggil’ wehh Alfonso mana!” Hooo aku ingatkan nama dia taklaa kekal mana. Heheh
Dia pernah tidur dengan aku. Tahu pulak tuh nak landing part mana, tempat slimut .sejuk2 boleh dia tarik slimut cover satu badan. konon sweet lar ! Pui 


Dia pernah teman aku stay up, study BIOLOGY



Haritu datang dorm aku, time tu dah sarat da ngandung tinggal nak keluar jeh. Ade kotak kat bawah bed Najla.Opah cakap” Jiha tolong ni fonso takpandai branak”
“Haaa? yeke pah ! mcamana ni, aku takpandai nak buat”
Opah urut2 perut dia,air ketuban dah pecah.
“Arrrrrgh! Kenapa kat sini nih !!”
Dia pergi kat bed aku, cadar aku kene air ketuban dia weh, tapi takbanyak , aku bawak dia pergi kotak balik. Letak kat dorm D.
Aten Nab jadi bidan dia tolong urut2 perut sampai keluar anak
Esoknyaa, dapat brita gembira yang dia dah dapat anak. 4 ekor! Warna dia pelik. Hitam plus kuning. HAHA aku cakap, “ weh ni bukan warna kucing, ni warna ayam!”
Taktahu laa fonso buat persenyawaan dengan sapa? Mungkin ayam? Hohoo



Ermm, next eh, kat hostel kalau parent kawan datang boleh join sekaki,tapi kene tunggu dia ajak tau. Hihi




Haa comel tak locker gua? Sebab ape aku bersemangat nak hias? Mybe ini yang last kot aku pakai locker ni. Eh memang last pun xde mybe mybe lagi :’(


Maaf laah eah, gambar ni taknak tegak. Pemalas, kerja nak baring je


Ni laa antara bukti yang kitorang ni sayang gila dekat hostel. Nangis taknak tinggalkan L




Paham tak dia cakap ape? Meh sini aku translatekan, 

"Ya Allah! Kalau dibandingkan hostel ini dengan nyawa aku, aku sayang gile dekat asrama ni, sayang gila.,sampai jadi gilaa. Haahaha lebih kureng laa

Ermm,
Kepada adik adik yang masuk asrama, tolonglah hargai asrama. Hargailah macamana kau hargai 5 sen yang kau jumpa kat jalan raya.

So kepada sapa yang berminat nak masuk asrama, bolehlah hubungi Kak Izzah di talian ______ huhu sesuka hati aku je nak promote asrama ek.

Okay okay last.Aku memang tak akan menyesal lah duduk asrama secantik ASPUTA, batu pahat ni ! Luaskan kuasamu ohh JOHOR ku J Hihi

Oke tu je kot, aku nak bla dah. Jutaan terima kasih kepada penyokong , pengundi, pembaca dan pemadam. Tidak lupa juga kepada tulang belakang dan pinggang saya selama saya membuat filem ini. Sakit pinggang aku weh ngadap lelama blog ni. Alhamdulillah siap gak! Huh, Okee

Sekian saja dari pencinta asrama APUTA, Byee jumpa lagi!

RUNNING MAN !

I like to lari lari. That’s why lah aku sertai running man yang dianjurkan oleh anak anak didik aku a.k.a anak buah a.k.a anak sedara dan sekutu dengannyaa.

HAHA macam lawak kan main dengan budak budak. Aku takesah pun orang nak cakap aku ni mcm kanak kanak yang taksedar diri atau lebih teruk dari itu.

Mula mula aku takminat pun RM neh, tapi bila tengok game dia kan macam best je. so aku pun nak tengok ahh. Kau jangan main2, kawan aku yang dapat anugerah akhlak terpuji peringkat asrama pun tengok crita running man tau! Siap mintak sedut dari lappy orang lagi masa jamuan kelas harituh. HAHA menyempat je, asal boleh

First time aku tergerak hati nak tengok crita running man masetu kat rumah cik sal. Kak Paten bawak laptop dia bawak naik atas. Dan kami pun berborak borak bersama saudara mara yang lain. Kak Patin bukak crita running man dengan Kak Aty, dyorang pun tergelak gelak, dan mulalah rasa ketidakpuasan hati aku untuk meng explore apekebendenyaaa running man nih. Dahlaah takpaham, subtitle BI, dan kebetulannya memang aku ni hebat English ekk, tu yang makin bertambah PAHAM dan seterusnya akan mengundang bosan. Diyorang kata ‘ kau kalau nak tengok lepas SPM, kalau tak kau ketagih nanti”
aku simpan kata kata yang menyentuh hati tu dalam lubuk hati aku dan sampailah pd hari yang ditunggu2 dimana SPM dah habis dan dari situ aku boleh tuntut running man dari kakak aku! Huhu

Angah tu dahla gila korea, pengaruh rakan sebaya. Dia telah membomohkan kakak serta adiknya untuk menonton crita running man dengan aku. Dan tak pasal pasal Aben pun terjoin sama mungkin sebab rancangan TV dah tamat siaran time tu.

WAKTU PAGI 23 DEC 2013

Pukul 10 lebih ( waktu Malaysia). Hari tu hari yang sangat tenang. Matahari tak nak keluar, dia kata dia malu. Aku pun ckp oke je laa kat dia. dah itu keputusan dia kan.  Kita kene redha :p

Aku cakap dengan kau ea, pagi tu memang sejuk gila mcam kat korea tu ha ( gebang ) dan memang sesuai laa nak main running man waktu siang even diyorang (rm) main start dari pukul 2 pagi .

Ni nametag.

Angah jadi VJ je sebab dia ade semput. Tapi sebenarnya jadi VJ lagi penat. HAHA

Aku jadi gwang soo. HAHA aku taktahu kenapa aku suka dia even dia takpandai sorok. Mybe sebab dia sangat kelakar orangnyee. Aku dengan Maya kene carik barang.

Sumayah jadi Joong Ki. Sebenarnya aku pun suka Joong Ki jugak L Haaa tamak

Zati jadi SPARTA !! Sebab dia kuat lari. Tugas dia kene carik aku dengan Maya and tanggalkan nametag yang kitorang lekatkan kat blakang badan. Selagi tak tanggal , peserta dikira masih boleh main game. kalau dah tanggal , OUT lah.

Time buat ni, aku tak sanggka yang Kak Nora tolong support skali. Bagi arahan mula,tolong salinkan clue HAHA siap tolong sembunyikan barang lagi wey.


Haha siap ade peta kan. Aku pun taksangka yang pertarungan ni macam kat dalam TV (over eak)

Masetu aku lari dengan sumayah, tak lupa jugak Angah sebagai VJ yang kene ikut dan rakam kitorang kat mana kitorang pergi. Huhu kesian dia
Orang yang carik (zati) ,kene bawak loceng biar kitorang tahu dia nak datang n tangkap kitorang.

Masetu kat atas bukit, aku dah dengar bunyi loceng, so aku sembunyi la kat dalam rumah K Nora. Time ni Zati dah kejar Sumayah, aku dah berpecah dengan dia. Yang angah masih setia dengan aku. Huhu, masetu aku ternampak SPARTA, alamak ! nak sembunyi mana ni lagi. Jalan da mati, tinggal ade kereta B Jan je . Seb baik tak kunci. Fuuu ~ Aku pun masuk dengan VJ

Oke then aku jalan laa ikut peta yang dibagi. Aku dah dapat dah semua benda yang disorokkan( sampul surat RUNNING MAN) . Yang disembunyikan ade 4. Aku dapat semua, aku pergilaa jumpa diyorang. Time tu aku dah nampak yang zati dah tanggalkan nametag sumayah, so dia dah kalah. Tinggal aku je la neh .And hati aku da blagak je an, da dapat semua~ phiwit ni mesti menang neh.aku pun dah gilaa happy macam dah jadi hero dapat hadiah banglo kalau menang  , sekali Kak Nora bleh plak dia pergi cakap, 
“ Hey, kan ade lima, cik oya sembunyikan satu kat pokok kelapa”
aku : Hah ! kenapa tak cakap !

and memang betul pun kalau diikutkan , kat peta ade 5 tempat kene carik. Aku baru dapat empat.
Sreeeeettt ! Alaaaaaaaa nametag aku zati dah tarik ! so aku da kalah L takdapatlaa aku nak menang hadiah Nissan Latio edaran Tan Lock sdn bhd tuh.

Ni semua salah kakak ! Huh, yang dia pergi cakap kuat kuat tu kenapa.HAHA kan dah kalah. Tapi hebat jugak kan aku dapat carik 4 dari lima. Heheh

Okay pengajaran yang perlu diambil :

Kita kene bersenam tak kira laa outdoor atau indoor

Jangan berani menebal nebalkan lemak yang dah sedia tebal :p

Hidup kene amanah, kalau dah kene carik 5 benda tu, cariklah. Jangan main tipu k :’)

Tengok running man lepas SPM , ingat pesan orang tua

and lastly, jangan berharap dan berangan nak menang NISSAN LATIO keluaran TAN LOCK sdn bhd ( mcm tu ke ejanya, sebenarnya aku sembarang ) setakat main running man dengan anak sedara . Huhu

Sekian dari saya, pemain running man peringkat kampung .
Jumpa lagi ;’)



 

Dialah Kawan dialah Lawan ;)

Pastikan sound effect dalam keadaan volume yang agak kuat sebelum membacanya :p
Ahoihoi harini kita bersua lagi kan :) Macam cepat jee masa berlalu . Jadi budak lepasan SPM memang binggung sama ada nak pergi carik kerja , pergi PLKN atau nak pergi ambil lesen atau jadi babysitter untuk akak ipar yang bakal lahir atau kakak kandung yang bakal lahir. Persoalannya sekarang, ade ke orang nak ambik aku jadi pekerja dia atau majikan dia atau penjaga baby dia ataupun dia ni dah melampau dah lari tajuk
Ape itu kawan ? cehh macam karangan darjah enam je ni. Kawan tu orang cakap macam gula gula . Manis. ( ade ke orang cakap macam tu) takpun ade orang kata Kawan tu macam CHIPSMORE, kejap ade kejap takda . Takesah lah tu kan , aku ada banyak kawan tapi aku tak banyak sahabat. Sahabat aku seorang je. Ni laa, minah ni

Nama dia Aznan kot , aku pun takthu kenapa mak dia bagi nama berupa macam lelaki. Aku kawan dengan dia sejak dari Form 1 . Macam ni haa ceritanya.
'Ehh nama awak sapa?"
Nama kita Ain Najihah
"Ehh sedapnya nama'
Hihi janganlah puji
*maaf semua tu hanyalah tipu tapi yang tanya nama tu betulah tu ekk. Kan nisak ? aku pun tak ingat
Time tu kat padang sekolah, time sukan aku lontar peluru, duduk sebelah dia.

Aku duduk bilik study atas, dia mula mula bilik study bawah tapi dia pindah atas and dari situ aku rapat dengan dia, sehinggakan ade seorang senior cuba nak pisahkan kita :'( 
dah kau pun tersingkir. Kau pindah bilik study bawahh
Kita dah takrapat :'(
Sampai lah ke Form 2 , ekeleh cerita ni same je dengan kad yang aku bagi kan ? Tak seronok lahh

Baik aku cerita pengalaman pahit aku dengan dia. Asyik manis je kan :p
Pengalaman pahit ialah gaduh. seminggu sekali. kalau tak gaduh tu maksudnya sindrome ataupun taknormal.
Punca utama atau sebab aku boleh gaduh dengan dia atau dia gaduh dengan aku , semuanya yang takmasuk akal. Maksudnya ekeleh bro, masalah simple je boleh gaduh. Haa mcmtulaa
Aku bagi contoh kau jangan gelak eh
Contoh " Jiha, kau makan laju kan? Sembahyang pun laju"
Mula lah rasa bibit bibit tak puas hati
" amende pulak minah ni, dah kawan dengan aku ikotlah cara aku"
*unsur negatif jangan diikut

Haaa simple kan? Tak pun yang ini
"Jiha,aku jeles kau peluk iylia"
Hahh ! Sebab itu je kita boleh gaduh?
Kelakar kan ? HAHA 
Dia jenis orang yang kuat jelest,tengoklah kening dia
Kadang kadang aku tak habis pikir, logik ke aku gaduh sebab ni?
dah gaduh bukan sehari. Seminggu kau! Tapi yang seminggu tu bukan selalu lahh


Tengok ni, Nisak geram dengan aku sebab alihkan image view dari kamera. Yang ni nasib baik takgaduh. HAHA

Gaduh paling teruk masa aku Form 5. Gila kau! Masa tu Filantropi. Aku tak tegur dia , dia tak tegur aku. Dia kata dia nak tinggalkan aku, sebab dia nak tengok aku bahagia dengan orang lain, dia taknak kacau aku. Dia ingat aku boleh hidup ke? aku boleh bahagia ke sedagkan dia tengah sedih? macam pepatah artis ni la" Teganya kau menari di atas tangisanku"
Filantropi sepatutnya lawa lawa ek, aku pakai simple je, kalau boleh aku taknak join pun Filantropi tu tapi sebab ia last kan :( Kenelah pergi
Petang tu aku nagis gila macam orang yang kehilangan suami atau isteri
Petang tu aku nak jumpa dia, akucariklah dia kat kelas. Dia tengah study, tapi bila aku masuk tinggal buku je. Dia pergi jumpa tetamu. Aku tunggu dia sampai dia balik. Dia datang
"kau pergi mana?"
"ha? erm aku pergi jumpa kakak aku"
'erm wehh, kau kenapa?"
'ha? mane ade pape, eh jomlah balik?"
Haaa? balik? kau pergilah.

Tak lama tu dia balik. BALIK! Kecewanya aku, sia sia aku tunggu dia lama dia pergi macam tu je. Tu yang aku menagis melalak sampai baca Quran , taknampak huruf. Air mata bertakung jeh. Rasa macam nak tanggalkan wiper kereta tu aku letak tak mata bia boleh nampak
Tiba tiba" Cak, kau kenapa?
CAK ICH tegur aku
Haa? mana da pape
"Elehh kau jangn tipu, kenapa ni? gaduh dengan Nisa' ehh?"

Lagi lah aku rasa macam nak banjir , kilat, taufan Hayan kat situ hah
Aku tak boleh orang backup aku. Nanti lagi sedih :'(

Sampailah masa kat dewan makan tuh, aku takbleh nak hadap muka dengan sesapa. Nanti nampak laa yang aku ni nangis, dahla duduk semeja dengan dia. Aku tahu aku yang salah tapi lepas dia buat aku mcmtu, hah ! aku rase macam nak benci dia seribu tahun je

Macamana boleh baik? 
Time tu kat dataran. Dia tarik tangan aku ;) dia cakap dia mintak maaf.
Sebagai seorang sahabat, kita kenalah maafkan walaupun sebenarnya aku yang salah. HAHA Okay aku pun mintak maaf dengan dia. Dan kita pun ambil gamba sama sama :)

Masa trial, masa SPM dan waktu waktu genting macamtulah setan nak suruh kitorang gaduh.

Orang lain boleh perasan kalau aku gaduh dengan dia, makan pun tak sama, solat tak sama, pergi sekolah taksama. Memang terseksa weh :'(
Kalau dia tak kawan aku, aku suruh cak ich tolong jagakan dia. Tolong tengok tengokkan dia, suruh ajak makan saing dia. tapi dia anggap aku dah tak care pasal dia,dia kata
"Aku penat kawan dengan ko, cak ich lebih paham aku dari ko!"
Hmm sedih kan :'(

Bukan senang kita nak paham kawan. Kadang kadang kita terpaksa bohong dia untuk kebaikan. Tapi bisanya kantoi lahhh. Haha
Hari kecewa dia time tu dia tunggu aku balik sampai pukul 3 pagi. Lepas dia tahu aku pergi jumpa orang lain. Dia kecewa :(

Aku bagi dia buku. Dia pun bagi aku buku. Buku tu untuk kenangan kita. Suka ke duka ke aku update jugak. Tapi dia fikir aku takda masa nak update buku tu. Dia fikir aku habiskan masa dengan main leter sampai terabai buku tuh.
Hmm :(



Tapi mesti semua orang taktahu kan yang aku sayang gila dengan dia. Aku takboleh kalau tak dengan dia. Kawan rapat kot! Kita pernah berangan nak jadi warden, HAHA sebab kitorang tengok macam best je jadi warden. Tanggungjawab tak best, sebenarnya bestnya bila duduk kat asrama tu je. Ngeh3 

Okay sebenarnya dia lagi baik dari aku. Aku ni ape je ade, tahu sakitkan hati dia je. Dia suka merajuk dengan aku, dan dia memang rugilaa dapat kawan mcm aku yang tak suka memujuk :)

Lastly, hidup ni penuh dengan dugaan, tipulah kalau takda masalah!
Tapi bukan semua masalah perlu ditangisi. Hadapilah dengan tenang. Kalau boleh kau ketawa dan suka sebab Allah dah pilih kau. Allah sayangkan kau, sebabtu dia bagi ujian. Kitakan kuat kan, so kurangkanlah nangis yee :)


"YOU'RE MY BEST FRENCH FOREBER"
Siti Khairun Nisa' binti Karim ( Nan) HAHA

*Penatnya pinggang aku, sekarang dah pukul 2.30 pagi